Twitter Updates

    follow me on Twitter

    Sunday, November 15, 2009

    Grand Final Liga Boling ...

    Majlis Penyampaian Hadiah oleh GM Bernama



    12 games.. dengan 3 blok.. Seramai 41 bowlers layak bermain + 1 sponsor turut memeriahkan grand final tahun ni. Disebabkan hadiah final tahun ni mencecah beribu-ribu maka ramai yang berazam mencuba nasib. Kali ni aku turun ke Megalane Sunway dengan bola secandhand yang aku beli bulan lepas.
    Turun pagi itu dengan keadaan perut yang penuh disebabkan malam itu telah disajikan kambing golek dan macam2 hidangan serta wayang pacak. Rupanya kekenyangan itu hanya sementara disebabkan 12 games memaksa perut ini kembali kosong. Bermain 12 game kali ini aku berjaya menyelitkan diri didalam 10 ten.. Satu perkembangan yang menarik dihujung musim.

    Yes..

    Monday, October 19, 2009

    Selamat Pengantin Baru



    SU3. 11 OKT 2009. Selamat Pengantin Baru kepada kedua mempelai. Majlis persandingan kedua mempelai berjalan lancar hasil kerjasama pihak tuan rumah dan penduduk yang bersama-sama rewang menyediakan juadah untuk tetamu. Pengantin turut diiring paluan kompang pasukan kompang SU3. Silat pengantin dilakukan oleh saudara Yeop. Pihak tuan rumah turut menyediakan cabutan bertuah kepada penanggah yang bertungkus lumus demi menjayakan majlis pada hari itu.
    Posted by Picasa

    Tuesday, October 13, 2009

    Raya 2009





























    Raya tahun ni, baju kaler kuning, dah susah nak amik gamba family sebab a'ish dah pandai melarikan diri. nak kene tangkap baru bole amik itu pun tah ape ke gayanye. Tahun ni balik Tg Karang, lepas semayang raya, org surau bertakbir kat umah. Petang balik umah nenek. Kali ni kereta terkunci la pulak. Nasib baik dah ada pengalaman mcm mane nak bukak. Fuhh berpeluh juga dekat sejam nak bukak kete. Terus batal 2 - 3 umah untuk beraya..

    Kanak-kanak dan kompang









    Bila melihatkan kanak-kanak memukul kompang, rasanya macam aku tertinggal satu alat muzik sewaktu zaman seusia mereka. Tapi itulah dia, ada yang merasa dan ada juga yang terlepas merasainya. Yang penting semasa majlis perkahwinanku masih lagi diiring paluan kompang.

    Walaupun aksi kanak-kanak kompang ini adalah aksi sulong mereka dalam majlis perkahwinan, ianya sudah menunjukkan akan kebolehan dan keberkesanan tunjuk ajar guru kompang mereka. Tahniah kepada semua, semoga tradisi ini tidak akan pupus dan tidak akan hilang diganti dengan cd mahupun mp3 player dimasa-masa akan datang. Setidak-tidaknya mereka mempunyai satu aktiviti yang cukup berguna bukan untuk diri sendiri malah untuk masyarakat.
    Tahniah buat semua... Good Job.

    Sunday, September 27, 2009

    Sembang2 Di Rasta TTDI













    Seperti tahun-tahun yang lepas, dalam sebulan ramadhan tu mesti akan ada majlis berbuka diluar bersama-sama rakan sekolah dan ada juga sesi sembang lepas terawikh sampai sahur. Lokasi kali ini adalah di Rasta TTDI, Bermula jam 11 malam sampai pukul 1 pagi. Tajaan Jai sempena turun ke darat.
    Yang hadir, aku dan wife, bob, wife n cinta, boy alone, sam, has and hubby, atoy pun ngan laki dia dan jai macam biasa datang sorang dan yang paling lambat sampai maklum la... nak kene tunggu anak tido la .. nak tidokan bini laaa... bla bla bla... hehehe..
    Apa2 pun semua happy, walaupun makanan kat Rasta tu tak berapa sedap berbanding harganya.. tapi ok la.. Apa2 pun Jai thanks sebab blanje kite org .. nanti kalau turun ke darat lagi jangan lupa ajak aku klau gi makan kat sogo tu...

    Tuesday, August 11, 2009

    Milik Siapakah Lembu Ini?



    Sejak kebelakangan ini, memang kita sering terlihat lembu-lembu berkeliaran di kawasan SU3, milik siapakah lembu ini? Kalau sebelum ini ianya kelihatan di kawasan tapak projek yang belum diusahakan tetapi pagi ini ianya telah tiba ke padang permainan kanak-kanak SU3.
    Binatang bukannya paham kalau kita cakap. Tetapi seharusnya tuan punya binatang peliharaan ini perlu menjaga agar peliharaannya tidak mengganggu kawasan perumahan atau meninggalkan sesuatu yang tidak perlu ditinggalkan. Sudahlah padang kecil ini sajalah tempat anak-anak kita bermain. Pagi ini ianya telah menjadi tempat persinggahan binatang peliharaan ini, maka anak-anak yang bermain di padang hari ini perlu berhati-hati dengan jerangkap samar yang ditinggalkan. Jangan tersalah pijak!!!! Harum baunya....

    Monday, August 3, 2009

    Fasa Seterusnya


















    Projek Wakaf RT Selasih 3 telah disambung pada malam minggu dengan bantuan tenaga dari pakar2 dari Selasih 4 memandangkan tenaga jentera dari Selasih 3 ramai yg tidak berada dilokasi pada malam itu. Projek kemudiannya bersambung waktu petang ahad bagi merialisasikan impian. Bagaimanapun bumbung asal berubah dari pelan asal atas nasihat beberapa pihak. Nantikan episod seterusnya sehinggalah pembinaannya siap seratus peratus.
    Bersambung .....