Twitter Updates

    follow me on Twitter

    Monday, October 19, 2009

    Selamat Pengantin Baru



    SU3. 11 OKT 2009. Selamat Pengantin Baru kepada kedua mempelai. Majlis persandingan kedua mempelai berjalan lancar hasil kerjasama pihak tuan rumah dan penduduk yang bersama-sama rewang menyediakan juadah untuk tetamu. Pengantin turut diiring paluan kompang pasukan kompang SU3. Silat pengantin dilakukan oleh saudara Yeop. Pihak tuan rumah turut menyediakan cabutan bertuah kepada penanggah yang bertungkus lumus demi menjayakan majlis pada hari itu.
    Posted by Picasa

    Tuesday, October 13, 2009

    Raya 2009





























    Raya tahun ni, baju kaler kuning, dah susah nak amik gamba family sebab a'ish dah pandai melarikan diri. nak kene tangkap baru bole amik itu pun tah ape ke gayanye. Tahun ni balik Tg Karang, lepas semayang raya, org surau bertakbir kat umah. Petang balik umah nenek. Kali ni kereta terkunci la pulak. Nasib baik dah ada pengalaman mcm mane nak bukak. Fuhh berpeluh juga dekat sejam nak bukak kete. Terus batal 2 - 3 umah untuk beraya..

    Kanak-kanak dan kompang









    Bila melihatkan kanak-kanak memukul kompang, rasanya macam aku tertinggal satu alat muzik sewaktu zaman seusia mereka. Tapi itulah dia, ada yang merasa dan ada juga yang terlepas merasainya. Yang penting semasa majlis perkahwinanku masih lagi diiring paluan kompang.

    Walaupun aksi kanak-kanak kompang ini adalah aksi sulong mereka dalam majlis perkahwinan, ianya sudah menunjukkan akan kebolehan dan keberkesanan tunjuk ajar guru kompang mereka. Tahniah kepada semua, semoga tradisi ini tidak akan pupus dan tidak akan hilang diganti dengan cd mahupun mp3 player dimasa-masa akan datang. Setidak-tidaknya mereka mempunyai satu aktiviti yang cukup berguna bukan untuk diri sendiri malah untuk masyarakat.
    Tahniah buat semua... Good Job.