Twitter Updates

    follow me on Twitter

    Monday, July 27, 2009

    Karnival Keusahawanan SMKSU

    SAUJANA UTAMA 26 Julai - Karnival Keusahawanan SMKSU telah berlangsung dengan meriah sekali. Seawal pagi gerai telah mula dibuka dan disusun dengan penuh ceria. Karnival yang diadakan bukan sekadar untuk mendapatkan keuntungan tetapi turut bertujuan amal bagi mengisi tabung PIBG sekolah. Dengan adanya aktiviti yang melibatkan pelajar, guru-guru dan masyarakat Saujana Utama amnya memberikan pendedahan kepada para pelajar selok belok berniaga.


     

     


     


     


     

    Usahawan2 dari SU3 yang turut sama berniaga.

    Antara gambar yang sempat diambil sekitar Karnival.






     


     


     


     







     

     


     


     


    Banyak lagi aktiviti yang turut dijalankan tetapi saya tidak dapat melihat keseluruhannya atas jadual kenduri yang banyak pada hari tersebut. Apa-apa pun, siapa lagi yang nak membantu memajukan sekolah dan PIBG selain dari ibu bapa, guru-guru, pelajar dan masyarakat setempat sendiri. Tahniah kepada yang menganjurkannya. Syabas.





    Sunday, July 19, 2009

    Wakaf RT Selasih 3 Part 2








    Fasa kedua pembinaan Wakaf RT Selasih 3 telah bermula jam 10.00 mlm, dimana kerja-kerja menyimin dan pemotongan kayu untuk pembinaan wakaf. Walaupun istilahnya wakaf RT Selasih 3, namun disebabkan kejiranan kita memang rapat, jiran2 dari selasih 4 turut sama membantu. Bagaimanapun yang berjaya dihasilkan pada malam itu bukanlah wakaf seperti di dalam master plan, tetapi hanyalah aksesori tambahan untuk diletak sebelah wakaf. Kerja-kerja tamat pada jam 4.00 pagi. Malangnya saya turut tidak dapat turun disebabkan bertugas dipejabat malam itu. Apa-apapun, projek akan bersambung minggu hadapan untuk menyiapkan wakaf sebenarnya.
    .
    Bersambung ....

    Wednesday, July 15, 2009

    Apartment untuk dijual.


    Apartment Subang Suria, tingkat 6, Blok 7
    U5, Shah Alam.
    RM 95000 (nego)
    Kemudahan :
    Surau, gelanggang badminton/sepaktakraw, kedai, lift, Kawalan keselamatan 24 jam, parking kereta dan lain-lain.
    Kemudahan pengangkutan Awam:
    Metro & RapidKL Bus
    Berhadapan projek :
    Mahkamah Syariah & Pejabat Tanah Daerah Petaling.
    Berminat, sila hubungi : 019-2273702 (khafiz)

    Sunday, July 12, 2009

    Wakaf RT Selasih 3


    SELASIH 3. 12 Julai (SU3.com). Seperti biasa, bermula sembang2 kosong nak buat tempat lepak akhirnya kerja-kerja pecah tanah telah berjaya dilakukan pada pagi ahad bermula jam 8.40am. Lokasi kali ini dihujung Selasih 3 melibatkan penduduk di Jalan Selasih 3 No. 1 - 31, Kerja-kerja pembersihan berjalan lancar. Projek kali ini mungkin melibatkan banyak fasa. Kerja-kerja akan bersambung minggu hadapan.


    Projek bersama ini adalah sumbangan bersama antara jiran bagi membolehkan ianya digunapakai bukan hanya oleh kaum bapa malah boleh digunakan oleh kaum ibu bersembang-sembang/bergosip/bertukar2 juadah. Keperluan untuk pembinaan wakaf ini dijangka tiba pada hari Selasa petang merangkumi kayu, zink dan lain-lain.

    Lakaran pelan Wakaf RT SEL3







    Bersambung minggu hadapan untuk kerja2 seterusnya.

    "Ringan sama dijinjing berat sama dipikul"

    Tuesday, July 7, 2009

    Kejohanan Bowling SU3 2009

    Kejohanan kali ini disertai seramai lebih 40 peserta yang juga terdiri penghuni SU3. Masing-masing hadir bersama penyokong masing-masing yang juga anggota keluarga mereka sendiri. Venue untuk kejohanan tahun ini adalah di Sunway Piramid Mega Lane. Seperti biasa prestasi masih tidak menentu. Tengok abg Isa bermula dengan 3 strike "Turkey" terkezut ..

    Partner dalam group aku lak mai lambat. Mula2 kelaut juga la balingan bola tu. Tapi pelan2 cover balik. Tengok dari segi permainan memang dah agak payah nak pergi ni. Usha lane yang lain lebih kurang je. Tamat je 3 game. Memang kategori kumpulan dah jauh ketinggalan. Fuhhh . Harap2 ada la sangkut dalam individu. Alhamdulillah ada juga duk ranking ke 5 di atas abg Isa yang duduk ditangga ke 6.
    Rakaman sekitar kejohanan...

    Bersambung untuk cerita selanjutnya...

    Monday, July 6, 2009

    A'ish & Alya Birthday

    No. 3 & 5 Selasih 3 SU3 (4 July 2009). Happy Birthday buat A'ish and Alya (anak Saipul). Majlis yang diadakan secara sederhana meriah dengan kehadiran jiran2 tetangga dan saudara-mara terdekat. Nampak gayanya birthday boy & girl tidak dapat meniup lilin kerana angin pada petang itu cukup kuat sehingga menggagalkan lilin yang dinyalakan bertahan lama.
    Bagaimanapun Kek yg ditempah dari Secret Resepi tu selamat dibahagikan kepada semua yg hadir. Kepada yang sudi hadir memeriahkan majlis diucapkan terima kasih tak terhingga.
    Sekiranya ada yang terkurang minta maaf dipinta.





    For Sale

    USB Mini Fan ( RM 9.50 )
    Also can use 3 AA batteries.
    Bath Towel 100% Cotton ( RM 15 )
    34in x 68in
    Please contact me : 012-3762604 (khafiz)