Twitter Updates

    follow me on Twitter

    Wednesday, June 17, 2009

    Anas kene masuk wad


    Anas d Hospital Sg Buloh

    SG BULOH. Kami membawa anas ke klinik pakar kanak2 kerana Anas tidak berapa nak minum susu dan masih batuk dan seperti kahak banyak dan tidak dapat dikeluarkan. " Kalau saya tau u nak pegi Cameron saya takkan bagi u bawa Anas, kalau PD boleh la" kata DR. Tan (Pakar Kanak-Kanak). Kami tergelak buat2 blur.

    Anas diberi Gas untuk melegakan kahaknya tapi Dr. Tan tidak membenarkan kami membawa pulang Anas ke rumah dan dia mahukan anas berehat di Hospital dan mengarahkan kami ke Hospital Sg Buloh untuk rawatan lanjut. Alamak takkan nak masuk hospital lagi.

    Sampai di Hospital tunjuk surat terus masukkan ke wad sementara sebelum dimasukkan ke wad kanak-kanak tingkat 8. Macam-macam soalan DR tanya termasukla kenapa berat badan anas tidak naik. Iaitu kurang 5kg. Kene tahan Isnin sampai hari Rabu setelah pernafasannya ok semula.

    Majlis Pernikahan Sepupuku Dolah..

    Penat masih terasa sebaik pulang dari Cameron Highland tengahari tadi. Satu family demam dan batuk2. Yang teruk nampaknya mywife ngan Anas. Petang tu terus berkemas balik ke rumah nenekku di Morib kerana sepupuku akan bernikah malam ni. Walaupun pada asalnya tengahari tu ada majlis bertunang seorang lagi sepupuku di Jenjarom. Ampun, tak sempat sampai sebab masing2 kepenatan dan tertidur.

    Sampai di rumah nenek ibu dan abangku sudah sampai dan pakcik dan makcik ku yang lain semua sudah sampai. Hidung terbau-bau, bau durian dibelakang rumah. "Nanti nak balik jangan lupa bawa, ada kat belakang umah tu" pesan ibuku. Selepas maghrib kami semua ke rumah sepupuku yang akan bernikah malam tu dengan orang sekampung disitu juga. Sebelum ke rumah pengantin perempuan jemputan dihidangkan roti canai dengan kuah kari ayam yang cukup membuka selera. Hehehehee.


    Kata menikah lepas Isyak, nie jam dah pukul 9.30mlm masih tak gerak lagi, jom kata pakcikku. Sebenarnya Tok Kadi pun ada kat situ tengah makan so tak heran la.. sebab tok kadi pun masih tak gerak lagi. Siap semua hantaran disusun kami pun bergerak ke rumah pengantin perempuan. baru masuk gear 3 dah sampai. itupun sebab bonggol kat situ rapat2.

    Pengantin perempuan menanti dengan penuh debar majlis akad nikah tersebut.


    Tok kadi pun memulakan majlis, ait macam sembang2 gelak2.. maklumla masing2 memang kenal. Abih dengo semua so majlis akad nikah pun bermula. Nampak gayanya 2 kali la sebab yang pertama tu saksi kata ada yang tertinggal. Kali kedua semuanya "Sah" "Sah" Amin...


    Semasa akad nikah


    Dah selesai....

    Abih tu rombongan lelaki dijemput makan. Perut dah berisi, so takde la beria sangat nak makan. Kiteorang terpaksa tido kat umah makcik sebab kat umah nenek takde buai. Anas kalaau takde buai banyak kali bangun tengah malam ditambah dengan batuk dan selsemanya.

    Esoknya dirumah makcikku kenduri hanya dibuat kecil kecilan khemahpun tak pasang cuma susun meja kat tempat letak kete je tetapi padaku yang datang tak putus2. Aku tidak mengikut rombongan ke rumah pengantin perempuan, cukup la malam tadi. Akupun kembali ke rumah nenek mengambil barang dan durian beberapa biji sebelum pulang ke SU3.

    Monday, June 15, 2009

    Cuti-cuti Malaysia

    CAMERON HIGHLAND. 4 June 2009 - Cuti sekolah kali ni we all ke Cameron Highland seisi keluarga bersama pakcik makcik yang lain. We all menginap di Banglo milik Rumah Penginapan Persekutuan. Besar memang besar, sebab boleh muat 7-9 keluarga.


    Cuaca memang cukup indah ditambah kedudukan muka buminya yang agak tinggi menjanjikan suasana dingin dan sejuk. Ini adalah kali pertama anak kecilku merasanya.

    Perjalanan dari rumah ke Tanah Rata melalui jalan Tapah memang tidak membosankan. Sebabnya aku lebih suka layan selekoh2 itu berbanding jalan lurus di highway. Nasib baik anak2 ku semuanya tidor dibelakang. Walaubagaimanapun A'ish terbangun sebelum aku menghabiskan lap2 untuk sampai di Renglet. Apalagi termuntah la dia. Abis keluar nasi breakfast ngan air milo. hehe...

    We all sampai awal dari yang lain. So makan tghari kat Tanah Rata dulu. Lepas tu ke strawberry park berhampiran tempat penginapan. Nasib baik aku bukan penggemar strawberry. so beli sekadar nak rasa je.

    Siang ke malam makan minum semua dimasak bersama-sama. Esok plannya nak ke ladang teh BOH.

    Balik pagi Sabtu dalam keadaan anak Selsema & batuk, maknye pulak demam teruk. Turun melalui jalan tapah termuntah2. Kali ni teruk. Asalnya nak terus ke Morib nikah sepupu tapi balik ke SU3 dulu untuk jumpa doktor. Lelapkan mata seketika sebelum ke Morib lepas Asar.
    Tammat...

    Sunday, June 14, 2009

    Camping, BBQ, Wayang Pacak .. ZZZzzzzz RT

    Minggu terakhir cuti sekolah....

    Camping kat mane? Padang!! Ko ada khemah ke? Takde. Tapi kat Giant/Tesco ada.... Hehehe..


    Akhirnya jadi juga akhirnya nak buat camping walaupun lokasinya hanyalah di Padang Kanak2 SU3.
    9 buah khemah berjaya didirikan dimana kelihatan beberapa buah darinya adalah khemah2 yang masih berbau kedai. Hehehehee.. Walaubagaimanapun khemah hang memang best n selesa Sazly. BBQ malam tu pun simple tapi cukup sedap dimakan. Terima kasih kepada yang membawa dan menyumbang kelengkapan. Buat Shazly sekeluarga tqvm.
    Golongan yang paling gembira adalah anak-anak yang bermain dan sambil makan sambil melayan tayangan wayang pacak pada malam itu dimulakan dengan tayangan Upin & Ipin series, diikuti dengan Bedtime stories dan disudahi dengan tayangan untuk golongan dewasa waktu midnight OngBak2 (18SG). Malam dah dikemuncaknya, abg Razak singgah setelah pulang bersama-sama anak-anak yang ke manjung menyertai jemputan majlis penghataman Kompang di sana.
    Kepada yang bertugas RT secara sukarela malam tu, terima kasih, sorry sebab aku lebih awal masuk dalam khemah dan ZZZzzzZZZ. Yang aku sedar kedengaran suara abg Jamal diluar khemah.. " Nie mesti dah lebih jam 4 pagi rasaku.. terus sambung tidor".
    Apa-apapun maybe lepas nie boleh buat lagi kot, teringat zaman sekolah berkhemah dipadang beramai-ramai dulu masa zaman Pengakap. Macam-macam kene buat, masak sendiri, buat gedjet, buat meja dari buluh dan banyak lagi.
    That's all. Coming up next ..... tunggu..........

    Wedding Part 2


    Hah... Nie lain macam je tiang nie.. Tiang bukan sebarang tiang, tiang yang bakal menggegarkan kehadiran pengantin hari ini. Tau-tau je la, sempena menyambut kehadiran pengantin sahaja.
    Antara tetamu yang hadir dan sama-sama memeriahkan majlis perkahwinan.

    Pengantin diarak dengan paluan kompang menuju ke pelamin.

    Nampaknya, kali ini, sifu wan sendeng beraksi secara solo disebabkan anak murid yang lain semuanya berada diluar kawasan.



    Kedua mempelai berada disinggahsana menanti majlis menepung tawar.