Twitter Updates

    follow me on Twitter

    Tuesday, October 13, 2009

    Kanak-kanak dan kompang









    Bila melihatkan kanak-kanak memukul kompang, rasanya macam aku tertinggal satu alat muzik sewaktu zaman seusia mereka. Tapi itulah dia, ada yang merasa dan ada juga yang terlepas merasainya. Yang penting semasa majlis perkahwinanku masih lagi diiring paluan kompang.

    Walaupun aksi kanak-kanak kompang ini adalah aksi sulong mereka dalam majlis perkahwinan, ianya sudah menunjukkan akan kebolehan dan keberkesanan tunjuk ajar guru kompang mereka. Tahniah kepada semua, semoga tradisi ini tidak akan pupus dan tidak akan hilang diganti dengan cd mahupun mp3 player dimasa-masa akan datang. Setidak-tidaknya mereka mempunyai satu aktiviti yang cukup berguna bukan untuk diri sendiri malah untuk masyarakat.
    Tahniah buat semua... Good Job.

    1 comment:

    1. Bagus...bangga tengok...

      setiap benda ada baik buruknya...termasuk la berkompang ni...kompang kini sudah menjadi medan pergaulan remaja lelaki perempuan...dulu setakat di kelas...sekarang melarat sampai ke bawah wakaf...tak lama lepas tu nampak pulak kat show house...itu tak kira lagi yg naik moto lelaki perempuan...tak pe...member kompang...

      Perlu rasanya ambil inisiatif untuk membentuk anak2 ni semua...bukan takat ajar palu kompang shj...perlu la ambil peluang mereka berkumpul semasa kelas kompang tu untuk bagi nasihat agama...semua remaja tengah 'naik'...so banyak benda baru yg mereka nak explore...dulu malu nak bercakap dengan yg bukan sejantina...sekarang tanpa segan silu bergelak ketawa & kejar mengejar...tak pe...member kompang...

      Kurang enak mata memandang...kena la bimbing...teguran bukan untuk tuan punya blog...tapi untuk tuan punya kelas kompang kalau2 ada ter'surf' blog ni...nak tegur depan2 risau kot tak bleh terima...

      ReplyDelete