Twitter Updates

    follow me on Twitter

    Sunday, May 31, 2009

    Rewang & Wedding Day




    Semuanya berjalan dengan lancar seperti yang telah diatur. Bermula pada malam 30 May, bermula dengan mengukus telur sampai pukul 3 pagi. Hampir 1000 biji telur selamat dikukus. Rewang sebenarnya pada pagi itu bermula jam 9 pagi dimana masing-masing memberikan komitmen sepenuhnya. Dari memcuci ayam, menggoreng, mencuci daging kambing untuk menjadi menu santapan malam untuk majlis pernikahan selepas solat Isyak.







    Kaum ibu sibuk menyediakan rencah yang perlu. Semangat kejiranan yang ditunjukkan cukup menunjukkan kesepakatan diantara jiran semua.











    Yang nie, bab masak kambing memang suke kacau ngan makan je merangkap QC. Tapi itulah yang dikatakan berjiran, sambil buat kerja sambil sembang2.

    Sekitar majlis akad nikah di Surau Al Muhajirin SU3, pasangan ini merupakan pasangan pertama di nikah di Surau Al Muhajirin SU3.

    "Alamak! Tok Kadi tak bawak saksi la.." Sape ada bawa IC??? Pergh nasib baik abg Najib kita terbawak wallet ngan Sifu Wan Sendeng , so dieorang la yang jadi saksi pihak pompuan. Nasib baik la dua2 saksi nie memang org yang clean rekod. Hehehee.. Steady abg Najib





















    Bersambung .. Part 2 "Majlis Perkahwinan & Persandingan Pengantin".


    Friday, May 29, 2009

    Kenapa aku kayuh basikal ?

    Basikal? Kenapa tak naik moto je? Jika dikenang sejarah bawak basikal memang sejak kecil lagi. Walau bagaimanapun ada sejarah hitam sewaktu zaman sekolah apabila basikalku diheret beberapa meter oleh sebuah van. Oh tidak.... Malangnya ketika itu aku di sekolah bermain ping pong, yang pinjam adalah rakan ku. Al Fatihah buatnya setelah beberapa hari selepas kemalangan tersebut beliau kembali kerahmatullah.










    Kini, baru kembali naik basikal semula dihujung minggu. Mula2 beli basikal besi dulu la. Tengok macam mana, boleh bertahan tak geng2 basikal SU3 nie. First time join konvoi beramai-ramai bersama kanak2 SU3 tawaf dari roundabout SU3 terus ke SU2 masuk mendaki di SBCR "mak ai.. mencungap2 nafas" . Turun terus ke Seri Pristana dan terus melalui SU1 dan terus balik ke SU3. Adalah dalam 16km. Terima kasih kepada semua yg sama2 join dan yang jadi marshall hari tu.




    Sebagai satu riadah hujung minggu bersama jiran2 dan rakan lain di SU lain mengorak langkah ke Tasik Biru Kundang pula. Nampak gayanya dah hampir jadi aktiviti mingguan. Kalau sekurang-kurangnya aku akan tawaf SU sahaja untuk memastikan basikalku tak berkarat di cuaca. Biar berkarat sebab puas guna.



    To be continued.....
    A'ish pun nak join kayuh gak... One day this is mine... daddy..

    Thursday, May 28, 2009

    Jadual Penuh Minggu Ini

    Nampak gayanya, jadual minggu ini penuh. Tiada peluang nak ke mana-mana nampaknya. Kali ini jemputan rewang majlis pernikahan dan perkahwinan anak Pakcik Suhaimi, jalan selasih 4. Harap jentera-jentera yang lain turut sama membantu membantu.

    Kita harus ingat hari ini kita membantu orang lain dan satu hari nanti orang tolong kita pula. Itulah semangat kejiranan namanya. Bersyukur rasanya duduk di SU3 kerana semangat kejiranan sungguh kuat. Berbeza ketika duduk di apartment lamaku di U5, Shah Alam. Nampak gayanya khemah untuk masak dah dipacak. Bermakna bermulalah kite merewang. Ayuhhh...

    Liga Bowling Bernama Pusingan Ke 5




    Hah.. Persembahan kali ini masih terumbang ambing. Nampaknya masih mengikut kekalahan teruk semasa bermain di One Utama (SU.NET) open. Masih gagal memperbaiki kedudukan. Tunggu bulan depan. Pasti ada perubahan dengan keputusan. Masuk bulan ke 5, first time dapat hadiah lucky draw... Yahooooo lepas duit tol.

    Memula Kata


    Alhamdulillah ....


    Bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan kurnianya aku masih di sini bersama keluarga tercinta. Adapun blog ini adalah bertujuan