Twitter Updates

    follow me on Twitter

    Sunday, May 31, 2009

    Rewang & Wedding Day




    Semuanya berjalan dengan lancar seperti yang telah diatur. Bermula pada malam 30 May, bermula dengan mengukus telur sampai pukul 3 pagi. Hampir 1000 biji telur selamat dikukus. Rewang sebenarnya pada pagi itu bermula jam 9 pagi dimana masing-masing memberikan komitmen sepenuhnya. Dari memcuci ayam, menggoreng, mencuci daging kambing untuk menjadi menu santapan malam untuk majlis pernikahan selepas solat Isyak.







    Kaum ibu sibuk menyediakan rencah yang perlu. Semangat kejiranan yang ditunjukkan cukup menunjukkan kesepakatan diantara jiran semua.











    Yang nie, bab masak kambing memang suke kacau ngan makan je merangkap QC. Tapi itulah yang dikatakan berjiran, sambil buat kerja sambil sembang2.

    Sekitar majlis akad nikah di Surau Al Muhajirin SU3, pasangan ini merupakan pasangan pertama di nikah di Surau Al Muhajirin SU3.

    "Alamak! Tok Kadi tak bawak saksi la.." Sape ada bawa IC??? Pergh nasib baik abg Najib kita terbawak wallet ngan Sifu Wan Sendeng , so dieorang la yang jadi saksi pihak pompuan. Nasib baik la dua2 saksi nie memang org yang clean rekod. Hehehee.. Steady abg Najib





















    Bersambung .. Part 2 "Majlis Perkahwinan & Persandingan Pengantin".


    No comments:

    Post a Comment