Twitter Updates

    follow me on Twitter

    Friday, May 29, 2009

    Kenapa aku kayuh basikal ?

    Basikal? Kenapa tak naik moto je? Jika dikenang sejarah bawak basikal memang sejak kecil lagi. Walau bagaimanapun ada sejarah hitam sewaktu zaman sekolah apabila basikalku diheret beberapa meter oleh sebuah van. Oh tidak.... Malangnya ketika itu aku di sekolah bermain ping pong, yang pinjam adalah rakan ku. Al Fatihah buatnya setelah beberapa hari selepas kemalangan tersebut beliau kembali kerahmatullah.










    Kini, baru kembali naik basikal semula dihujung minggu. Mula2 beli basikal besi dulu la. Tengok macam mana, boleh bertahan tak geng2 basikal SU3 nie. First time join konvoi beramai-ramai bersama kanak2 SU3 tawaf dari roundabout SU3 terus ke SU2 masuk mendaki di SBCR "mak ai.. mencungap2 nafas" . Turun terus ke Seri Pristana dan terus melalui SU1 dan terus balik ke SU3. Adalah dalam 16km. Terima kasih kepada semua yg sama2 join dan yang jadi marshall hari tu.




    Sebagai satu riadah hujung minggu bersama jiran2 dan rakan lain di SU lain mengorak langkah ke Tasik Biru Kundang pula. Nampak gayanya dah hampir jadi aktiviti mingguan. Kalau sekurang-kurangnya aku akan tawaf SU sahaja untuk memastikan basikalku tak berkarat di cuaca. Biar berkarat sebab puas guna.



    To be continued.....
    A'ish pun nak join kayuh gak... One day this is mine... daddy..

    1 comment:

    1. Salam..aku ada dgn ko masa arwah pinjam basikal ko pegi kedai..aku masih teringat wajah dia masa dia pinjam beskal ko tu. dah lama sehh..kejadian tu berlaku tahun 1988..Alfatihah

      ReplyDelete