Twitter Updates

    follow me on Twitter

    Wednesday, June 17, 2009

    Majlis Pernikahan Sepupuku Dolah..

    Penat masih terasa sebaik pulang dari Cameron Highland tengahari tadi. Satu family demam dan batuk2. Yang teruk nampaknya mywife ngan Anas. Petang tu terus berkemas balik ke rumah nenekku di Morib kerana sepupuku akan bernikah malam ni. Walaupun pada asalnya tengahari tu ada majlis bertunang seorang lagi sepupuku di Jenjarom. Ampun, tak sempat sampai sebab masing2 kepenatan dan tertidur.

    Sampai di rumah nenek ibu dan abangku sudah sampai dan pakcik dan makcik ku yang lain semua sudah sampai. Hidung terbau-bau, bau durian dibelakang rumah. "Nanti nak balik jangan lupa bawa, ada kat belakang umah tu" pesan ibuku. Selepas maghrib kami semua ke rumah sepupuku yang akan bernikah malam tu dengan orang sekampung disitu juga. Sebelum ke rumah pengantin perempuan jemputan dihidangkan roti canai dengan kuah kari ayam yang cukup membuka selera. Hehehehee.


    Kata menikah lepas Isyak, nie jam dah pukul 9.30mlm masih tak gerak lagi, jom kata pakcikku. Sebenarnya Tok Kadi pun ada kat situ tengah makan so tak heran la.. sebab tok kadi pun masih tak gerak lagi. Siap semua hantaran disusun kami pun bergerak ke rumah pengantin perempuan. baru masuk gear 3 dah sampai. itupun sebab bonggol kat situ rapat2.

    Pengantin perempuan menanti dengan penuh debar majlis akad nikah tersebut.


    Tok kadi pun memulakan majlis, ait macam sembang2 gelak2.. maklumla masing2 memang kenal. Abih dengo semua so majlis akad nikah pun bermula. Nampak gayanya 2 kali la sebab yang pertama tu saksi kata ada yang tertinggal. Kali kedua semuanya "Sah" "Sah" Amin...


    Semasa akad nikah


    Dah selesai....

    Abih tu rombongan lelaki dijemput makan. Perut dah berisi, so takde la beria sangat nak makan. Kiteorang terpaksa tido kat umah makcik sebab kat umah nenek takde buai. Anas kalaau takde buai banyak kali bangun tengah malam ditambah dengan batuk dan selsemanya.

    Esoknya dirumah makcikku kenduri hanya dibuat kecil kecilan khemahpun tak pasang cuma susun meja kat tempat letak kete je tetapi padaku yang datang tak putus2. Aku tidak mengikut rombongan ke rumah pengantin perempuan, cukup la malam tadi. Akupun kembali ke rumah nenek mengambil barang dan durian beberapa biji sebelum pulang ke SU3.

    No comments:

    Post a Comment