Twitter Updates

    follow me on Twitter

    Sunday, July 12, 2009

    Wakaf RT Selasih 3


    SELASIH 3. 12 Julai (SU3.com). Seperti biasa, bermula sembang2 kosong nak buat tempat lepak akhirnya kerja-kerja pecah tanah telah berjaya dilakukan pada pagi ahad bermula jam 8.40am. Lokasi kali ini dihujung Selasih 3 melibatkan penduduk di Jalan Selasih 3 No. 1 - 31, Kerja-kerja pembersihan berjalan lancar. Projek kali ini mungkin melibatkan banyak fasa. Kerja-kerja akan bersambung minggu hadapan.


    Projek bersama ini adalah sumbangan bersama antara jiran bagi membolehkan ianya digunapakai bukan hanya oleh kaum bapa malah boleh digunakan oleh kaum ibu bersembang-sembang/bergosip/bertukar2 juadah. Keperluan untuk pembinaan wakaf ini dijangka tiba pada hari Selasa petang merangkumi kayu, zink dan lain-lain.

    Lakaran pelan Wakaf RT SEL3







    Bersambung minggu hadapan untuk kerja2 seterusnya.

    "Ringan sama dijinjing berat sama dipikul"

    No comments:

    Post a Comment