Twitter Updates

    follow me on Twitter

    Monday, July 27, 2009

    Karnival Keusahawanan SMKSU

    SAUJANA UTAMA 26 Julai - Karnival Keusahawanan SMKSU telah berlangsung dengan meriah sekali. Seawal pagi gerai telah mula dibuka dan disusun dengan penuh ceria. Karnival yang diadakan bukan sekadar untuk mendapatkan keuntungan tetapi turut bertujuan amal bagi mengisi tabung PIBG sekolah. Dengan adanya aktiviti yang melibatkan pelajar, guru-guru dan masyarakat Saujana Utama amnya memberikan pendedahan kepada para pelajar selok belok berniaga.


     

     


     


     


     

    Usahawan2 dari SU3 yang turut sama berniaga.

    Antara gambar yang sempat diambil sekitar Karnival.






     


     


     


     







     

     


     


     


    Banyak lagi aktiviti yang turut dijalankan tetapi saya tidak dapat melihat keseluruhannya atas jadual kenduri yang banyak pada hari tersebut. Apa-apa pun, siapa lagi yang nak membantu memajukan sekolah dan PIBG selain dari ibu bapa, guru-guru, pelajar dan masyarakat setempat sendiri. Tahniah kepada yang menganjurkannya. Syabas.





    No comments:

    Post a Comment